23 Nov 2018
Maklumat Penting: Pemberhentian Laman Web Sistem ePampasan
Kepada semua pegawai pengurusan JTK/PTK dan pengguna laman web sistem ePampasan yang dihormati (Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan),

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa laman web sistem ePampasan ini telah diberhentikan sejak 5 petang, 23hb November 2018 bagi memberikan ruangan untuk kerja penyerahan sistem kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Tarikh pengoperasian semula sistem ePampasan akan diumum atau dimaklumkan oleh JTKSM dalam masa terdekat ini.

Di sini, pihak kami yang mewakili Pentadbiran SPPA Sdn Bhd ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada kami sepanjang tempoh perkhidmatan kami.
Sekian, terima kasih.

Raymond Hee
Pengurus Besar - Bahagian Teknologi Maklumat (IT)
PENTADBIRAN SPPA SDN BHD